fakta-faktakesihatan

tepat pada sasaran

tepat pada sasaran
suasana menarik diBukit Broga 2012

Followers

LCD Tex


LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday, December 9, 2010

kebaikan mengunyah chewing gum





Chewing gum untuk menurunkan berat badan



  1. Amalkanlah mengunyah chewing gum di antara waktu makan.
  2. selain untuk menjaga mulut (oral). mengunyah chewing gum selama 15 minit sebelum makan dapat mengurangkan selera makan
  3. Dalam 'The Biggest Loser' selalu ditunjukkan supaya peserta menggunakan chewing gum jenis kurang manis untuk mengawal berat badan. Tertarik dengan kaedah ini, aku cuba cari sama ada betul atau tidak, atau sekadar promo untuk iklan Wrigley di rancangan itu.
  4. Tapi memang tak disangka bahawa chewing gum, atau mengunyah gula-gula getah, memang mampu membantu menurunkan berat badan. Bagaimana? Dengan membantu dalam mengurangkan rasa hendak mengunyah. Jadi jika anda baru saje lepas makan nasi tiba-tiba rasa pulak nak mengunyah makanan lain, bolehlah ambil chewing gum dan kunyah. Jenama Wrigley boleh, Dentyne pun boleh, atau sebarang jenama pun boleh.

    Kalau dapat cari yang sugar free lebih bagus kerana kandungan kalori lebih kurang 5 sahaja setiap keping. Kalau tak dapat yang sugar free, yang biasa pun hanya 10 kalori. Lagipun perbuatan mengunyah chewing gum tu pun berkemungkinan membantu menghilangkan sedikit kalori.
  5. Selain daripada tu, ada beberapa lagi kebaikan chewing gum ini. Antaranya:-


  • Menurunkan jumlah kalori harian - dengan mengurangkan perasaan ingin makan makanan yang manis. Daripada mengambil snack yang tinggi kalori lebih baik ambil sekeping chewing gum.

  • Menurunkan selera makan - menghilangkan rasa hendak makan selepas setiap waktu makan dengan mengunyah chewing gum

  • Membaiki mood - memeberikan rasa selesa, tenang.

  • Menghilangkan anxiety dan stress - selain drpd meningkatkan fokus, gum juga membantu menghilangkan stress. Aksi mengunyah membantu menghilangkan nervous energy.

Ada kajian yang cuba mengkaji kaitan chewing gum dan penurunan berat badam tetapi sebenarnya chweing gum tidak menghilangkan selera badan. Cuma chewing gum adalah lebih baik drpd sebungkus 'Twisties' atau snek ringan yang lain kalau anda ingin turunkan berat badan.



So ada tak keburukan mengunyah chewing gum ni? Menurut kajian, kalau kita kunyah tak berhenti kemungkinan perut dan mulut akan jadi penat dan tidak cukup rehat. Perlu juga risau tentang stomach burns, ulser dan kemungkinan beberapa jenis kanser yang perlu kajian lebih terperinci. Buat masa ini chewing gum merupakan suatu penemuan menarik dalam menurunkan berat badan. Cubalah untuk diri anda, mana tau berkesan?










No comments:

Post a Comment