fakta-faktakesihatan

tepat pada sasaran

tepat pada sasaran
suasana menarik diBukit Broga 2012

Followers

LCD Tex


LCD Text Generator at TextSpace.net

Monday, January 10, 2011

Makanan Segera ( fast food )








Selasa, 10 Januari 2011


Zaman sekarang, ramai antara kita yang suka memakan makanan segera ataupun "fast food". Makanan sebegini sebenarnya lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Ia samalah dengan makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai kelazatannya. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat.

Walaupun bukan semua makanan segera ni remeh .Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Biasanya kalau kita bukannya penggemar makanan segera ia tidak mendatangkan apa-apa kesan pada kesihatan kita. Tetapi jika sebaliknya, awaslah anda sekarang diburu oleh beberapa penyakit, mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar dan pelbagai jenis kanser yang lain.

Marilah kita sama-sama membincangkan dan melihat segala aspek makanan segera supaya masyarakat kita akan sedar tentang keburukan makanan segera.

Nak tahu apa yang terdapat dalam makanan segera kegemaran anda? mari kita lihat bersama-sama...
Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Milk Shake: 5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanan: kosong.




4 comments:

  1. wahhh...
    ema suda mule merasai efek dari fast food..
    pertambahan berat badan yg mendadak..
    diet2..HAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. takpe ..kadar metabolisme saya tinggi..so bole makan lagi kwang kwang kwang

    ReplyDelete