fakta-faktakesihatan

tepat pada sasaran

tepat pada sasaran
suasana menarik diBukit Broga 2012

Followers

LCD Tex


LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, August 23, 2011

SAAT-SAAT DOA PALING MUSTAJAB

SAAT-SAAT DOA PALING MUSTAJAB
Riwayat:Muslim




Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:"Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T."
Huraian Hadith:
-Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai.
-Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.
-Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T.
-Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah " Sujudlah pada Ku."
-Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud.
-Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung.
-Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.
~SEMOGA KITA SEMUA BERUSAHA UNTUK MENJADI INSAN, PEKERJA DAN HAMBANYA YANG CEMERLANG DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMEEN..~

Biro Agama & Kebajikan
KSK LUAS 2011



1 comment: