Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi
melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat
tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda,
mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan
bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti
orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke
hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan
rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.
Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai
wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita
tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg
sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat
lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.
Tiba-tiba,
ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena,
lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi
dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit
ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit,
“ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat
bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita
tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia
3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut.
Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya.
Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai
perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika
ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika
doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon
bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan
ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua
menangis dan tersentuh.
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...
sedihnyeeeeeee..
sgt sedeyh.. pengorbanan ibu mmg kite xkan dpt balas.. lagi la jd cam cite ni ni.. lagi la besar pengorbanan tu..
ReplyDelete