fakta-faktakesihatan

tepat pada sasaran

tepat pada sasaran
suasana menarik diBukit Broga 2012

Followers

LCD Tex


LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, March 6, 2012

Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Jawatan Kosong 

 


    IKLAN JAWATAN KOSONG 2012
    1. Pegawai Undang-undang L41
    2. Akauntan W41
    3. Penolong Pegawai Tadbir N27
    4. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27
    5.Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17
     TARIKH TUTUP
    Sebelum atau pada 19 MAC 2012 ( Isnin )
     Sebelum atau pada
    19 MAC 2012 (ISNIN)
    (sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)
    LEMBAGA URUS AIR SELANGOR
    IKLAN JAWATAN KOSONG
    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-
    BIL
    JAWATAN
    SKIM PERKHIDMATAN
    JADUAL GAJI
    1.
    PEGAWAI UNDANG-UNDANG
    L41
    Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman
    P1T1 RM1989.45 - P1T24 RM4700.07
    P2T1 RM2085.46 - P2T24 RM4982.51
    P3T1 RM2185.65 - P3T24 RM5274.82
    2.
    AKAUNTAN
    W41
    Perkhidmatan Kewangan
    P1T1 RM1702.81 - P1T27 RM4688.95
    P2T1 RM1798.82 - P2T27 RM4968.61
    P3T1 RM1899.01 - P3T27 RM5255.39
    3.
    PENOLONG PEGAWAI TADBIR
    N27
    Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
    P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
    P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
    P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26
    4.
    PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA
    N27
    Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
    P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
    P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
    P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26
    5.
    PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
    N17
    Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
    P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
    P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
    P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95
    1. TARAF JAWATAN: TETAP
    2. UMUR: (pada tarikh iklan ditutup)
    a) Calon-calon lantikan terus mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun.
    b) Bekas Anggota Tentera atau Polis yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik hendaklah tidak melebihi 45 tahun.
    3. SYARAT LANTIKAN
    3.1 PEGAWAI UNDANG –UNDANG GRED L41
    (a) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    (b) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan
    (c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Undang-Undang adalah layak dipertimbang untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    (a) mempunyai kelayakan di atas; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
    3.2 AKAUNTAN GRED W41
    (a) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8); atau
    (b) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T8); atau
    (c) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T9); atau
    (d) Ahli penuh Institut Perakaunan Malaysia.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred W41 : P1T10); dan
    (e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbang untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    (a) mempunyai kelayakan di atas; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
    3.3 PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
    (a) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T1); atau
    (b) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); atau
    (c) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Universiti Putra Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T6); dan
    (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksaan Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    (a) (i) mempunyai kelayakan di atas; atau
    (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
    3.4 PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED N27
    (i)
    (a) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    (b) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); atau
    (c) Bekas Inspektor Polis DiRaja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
    (ii) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    (a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    (b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    (c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
    (d) lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
    (e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    (f) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan; dan
    (iii) calon yang mempunyai kelayakan di perenggan i (a) & (b) di atas hendaklah;
    lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa adalah layak dipertimbang untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    (a) (i) mempunyai kelayakan di atas; atau
    (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
    3.5 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
    (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
    (b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
    Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen adalah layak dipertimbang untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    (a) (i) mempunyai kelayakan di atas; atau
    (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
    (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
    4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    (a) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
    (b) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan yang terkini.
    (c) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, sijil akademik dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.
    (d) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.
    (e) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
    5. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP
    (a) Permohonan hendaklah dihantar kepada:
    PENGARAH
    LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
    TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
    NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM,
    SELANGOR DARUL EHSAN.
    52-28 N.indd 1 2/28/2012 3:14:19 PM

    No comments:

    Post a Comment